Tuesday 30 October 2012

MaSa dAn KoMiTmEn

Masa..semua orang perlukan masa..
masa bersama keluarga,masa bersama teman-teman,dan masa bersama orang tersayang..
komitmen pulak tanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara..samada perkara itu wajib atau tak

tapi..
adakah kita tahu, bila kita terlalu mengejar masa dan komitmen..apa yang akan terjadi pada orang lain yang ada ikatan dengan kita.?

tak bukan..kita tak tahu apa perasaan mereka terhadap kita..

adakah kita tahu bahawa masa dan komitmen yg kita anggap kita dah uruskan dengan baik adalah salah.?!

kenapa.??

ini kerana kita tak pernah nak ambil tahu perasaan orang lain, masa dan komitmen bukan sahaja pada tugas, tapi untuk orang disekeliling kita juga..

kata orang..masa itu emas,.ya....masa itu emas
pernahkah kita terfikir berapa kali kita meluangkan masa bersama-sama keluarga,kawan dan org tersayang.?
jangan biarkan orang lain merasakan dirinya tidak diperlukan lagi.
.
jgn bila sampai suatu tahap org yg kita sayang pergi meninggalkan kita..
bila tejadi mcm tu baru kita tahu bahawa masa dan komitmen itu juga perlu ada pada mereka yg menyayangi kita..

Wednesday 24 October 2012

sWeEtIe..

Kami selalu bersama..kemana saja aku pergi mesti ade bdk neh..aisyah nama diberi. sengal sejibik mcm aku..hahah..





Selalu bila borink ngular pegi lepak kat Mcd..penah skali nk g Mcd sesat jalan..ade sejam lebih atas moto cari jln balik xjumpa..last skali jumpa jgk Midvalley..dan kat bawah nie la hasilnya..

melantak Mcd sampai kenyang kat Midvalley..hahah..ade jgk rezeki mkn Mcd haritu..heuheuheu..




Muka baru sihat dari demam..seminggu woo demam,sihat2 je terus join rombongan ke penang..blik dari rombongan je demam balik..hahah..kurang vitamin dlm badan..kata doktor.hoho..

Tuesday 23 October 2012

MeMoRiEs...

Sangat rindukan zaman student..banyak sangat kenangan aku bersama member-member.. rindu sangat bila tgk picture-picture zaman muda dulu..hohoh..

                                                                  MiSs yUyU

                                             Dapat bunga..secret admire bagi..sape entah.hoho

                                                   Bila borink gini la jadinya.,.hahha...

                                                      Puak-puak Rohingya..hahhaha..


banyak sangat kenangan kat universiti..rindu giler kat UUM..hoho..insyaallah bln 11 akan kembali ke UUM..xsabarnya..:))

mAyAt..

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…


hahahhaa...

AkU..

Orang kata perempuan kalau yang happy dan kecoh tu akan jadi pendiam bila ada masalah..

sama macam aku,bila ada masalah aku akan menyendiri,.
rindu ma, rindu abah..hanya mereka yang memahami aku..:(

 

Monday 22 October 2012

SuBhAnAlLaH..

subhanallah...sabar jela duhai hati.. astagfirullah hal azim..lailahaillallah..

Monday 15 October 2012

DoA SeOrAnG IbU..

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendakNya, hingga ke hari Qiamat, kecuali balasan menderhakai kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati - Diriwayatkan oleh Al-Hakim

Suatu hari seorang alim berniat untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata ibunya yang sudah tua itu sangat keberatan.

Menurut ibunya, “Tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan”. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram.

Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi kerana redho Allah bergantung kepada redho orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu.

Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: “Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Ku mohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah.”

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini.

Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Dekat sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah.

Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan.

Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya.

Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata: “pencuri! pencuri.”

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana. Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya: “Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun.”


Yang lainnya pula berkata: “Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ.”


Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar.


Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai. Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.


Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu.


Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.


Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan.


Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.


Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata: “Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!” Sambil meludah muka orang alim tersebut.


Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata: “Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua.”


Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.


Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah.


Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.


Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya.


Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa: “Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya.”


Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu: “Assalamualaikum.”


Maka terdengarlah suara oang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu: “Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk,” kata orang alim itu menyamar diri.


“Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu,” jawab suara tadi dari dalam.


“Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih.”


“Jadi bagaimana caranya?” Si ibu mengeluh kehilangan akal. “Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan.”


“Jangan bimbang wahai puan,” kata orang alim tersebut. “Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan.”


Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri.


Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis: “Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka.” Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.


Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah: “Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis dengan nafsu marah.

Sunday 14 October 2012

RoHiNgYa...

Pertama kali ambo bersama-sama team alhijrah ke perkampungan rohingya di klang.. misi kali nie adalah utk bg bantuan ko pelarian rohingya dari segi makanan dan pakaian..

sepanjang program pada hari tersebuat pelbagai peristiwa yg berlaku.. 

walaupun kepenatan tp ambo gembira sbb dpt tolong pelarian rohingya..pelbagai aktiviti yg diadakan sepanjang program tue, antaranya aktiviti utk kanak-kanak spt mewarna, isi air dlm botol music chair dan banyak lg..ambo pom tdk ketinggalan turut samo dlm aktiviti pada hari tersebut..

gsep rohingya nie ambo tgk hensem jgk..mcm salman khan kalu hok laki, hok tino pow kajol pom ado..tp sep nie jenis pemalu,memang sgt pemalu..jom tgk picture kat bwh.!

                                                       abam-abam rohingya....                                                         

                                                      team alhijrah yg byk mbantu..                                               

                                 sep rohinya,tolok hok tudung kelabu jah rakyat mlysia.haha.                  

                                                   sy juara music chair..dpt hamper ngn beras.haha                      

ChOiiiiii....!!!!

Kisah benar saing ambo yang diceritakan kpd ambo semalam...

nama saing ambo dirahsiakan dan cerita ini adalah benar belaka,ambo telah diberi kebenaran oleh beliau utk ceritakan kembali kisah beliau utk dibuat tauladan kpd pembaca blog ambo..


Alkisah bermulalah cerita beliau...

Beliau seorang gadis yang biasa-biasa, xcantik dan xhodoh..tapi beliau ado seorang pakwe yg cukup ensem,mcm salman khan pon ado...

beliau sangat setia dan sangat menyayangi si kekasihnya..sampaikan beliau sanggup buat apa saja kat laki tue..tp sayang seribu sayang, gewe beliau xnampak semua pengorbanan saing ambo tue.. sebabnya dalam pada masa yang sama si lelaki td ada yang lain..so,hatinya berbelah bagi antara saing ambo ngn pmpuan lain..

saing ambo dpt tahu,dan bagaikan hilang nyawa..saing ambo menangis semahunya...ambo la yang banyak beri semangat kat beliau..ambo cukup faham perasaan beliau sebab ambo dulu pon pernah mengalami situasi yang sama,.

ermm..kata orang patah tumbuh hilang berganti, dalam pada masa yg sama ada seorang hamba allah yg lagi baik dari si laki tue minat ko beliau tp xterus terang ko beliau..hamba allah nie banyak jgk bagi nasihat ko saing ambo nie suh kuat semangat..bila da 2 3 minggu saing ambo da boleh trimo hakikat yg dio xde jodoh ngn si ex dio tue.

selang beberapa minggu kemudian si ex saing ambo tibo2 tepon saing ambo.. sebab dio tepon adalah nk mitok sambung mula hubungan tue..

bila saing ambo tnya bkpo nk sambung smula,si ex dio oyak sebab sayang lg ko saing ambo tue.

lalu dengan nada yg perlahan dan penuh dramatik saing ambo oyak ko si ex dio..

"sekali saya ludah sy xkan jilat balik"..

cukup pedas ayat tue..

pesan ambo ko saing ambo.. kalu nk pilih gewe jange pilih hok semak jah,pilih hok perangai comey.. kalu nk buat tok laki cari la hok ado 3 perkara nie..

1- buleh jadi imam
2- pandai jaga hubungan dgn mak ayah
3- ada rasa tanggungjawab.

Insyaallah bila ada 3 perkara nie bahagia la hubungan tue.. mcm ambo jgk, ambo suka laki yg biasa2 jah, beriman, xbangga diri dan xkoya hensem.. bagi ambo,kalu laki hok jenis braso dio tue hensem dan boleh dpt ape saje yg dio suko tue sebenarnya seorang laki yg tidak jujur. sorry to say...walaupun xsume mcm tue.   

Saturday 13 October 2012

mUhAsAbAh cInTa

Aku sedar bila tanpa dirimu
Kurasakan dunia ini terhenti
Lambat, kaku dan tidak bernyawa

Bagaikan otak kuterhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpa kau disisi

Rinduku bagai membungkam ragaku
membuat aku terhenti untuk menghela sekalipun

Jiwaku sesak…dan kosong…

Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untuk kudengar dan masuk terus kejiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu

Andai Tuhan mnedengar rintihanku
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menikmatinya bersama
Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja

Adakah kau rasa …terhenti segala-galanya
Bila sudah jatuh cinta


 

Wednesday 10 October 2012

TiTiPaN CiNtA BuAt kEkAsIh


Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.

Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.




Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.

Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.

Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain

Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.


Tuesday 9 October 2012

CiNtA PaDa aLlAh

Sekujur mutiara tasbih tersadai indah,
Tersisip pula dengan rantaian kalimah,

Laaila ha illallah, Muhammadurrasulullah,

Tersergam berjuntai bergandingan sudah,

Subhanallah, Maha Suci Allah..

 
Namun, di sebalik kemurnian yang nyata,
Terpalit kebenaran secara batinnya,

Jika kemuliaan itu hanya perhiasan semata,

Yang tiada amalan bersisa,

MasyaAllah…

 
Tika kekhilafan dan kejahilan hamba berlaku,
Tasbih dan kalimah diam membisu,

Kemungkaran terus menundukkan nafsu,

Dek terasa tiada siapa yang tahu.

Astargfirullahal ‘azim..

 
Begitulah insan,
Bila hati tak takutkan Tuhan,

Mungkin DIA tidak menimpalkan balasan,

Kerana kasih sayang dan ihsan..

 
DIA terus menunjukkan jalan,
Tika rantai tasbih berguguran,

Barulah hati merasakan,

Betapa hebatnya kuasa Tuhan,

Yang menciptakan..

 
Hanya sekujur mutiara tasbih tersadai indah,
Yang menjadi sandaran dan wasilah,

Untuk menyedarkan insan yang tersilap langkah,

Daripada terjerat ke kancah yang salah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..

 
Kini hamba menyedari,
Betapa kerdilnya diri,

Seluruh alam DIA yang menguasai,

Tuhanku, hamba berserah kepada-Mu Ilahi

.
Allahuakbar, Allah Maha Besar… :)


Sunday 7 October 2012

My HeNsEm bOy..

Ni ensem boy ana..



g mano-mano pom sume ore geram tgk dio..ambo pom kadang-kadang geram nk cubit-cubit si ensem boy nie..Adam Muadziem namanya..maksud adam muadziem nie org pertama yg melaungkan azan..

nice name kan..

anak ambo nanti pom insyaallah nk letak adam jgk kalu anak laki..anok tino nk letak namo aminoh..klasik kea namo tu.hahah...

namo gini semakin pupus doh bena..loni ore pakat letak nama moden blako..ambo lamo doh pikir benda nie bena,ambo xse bui namo2 kalsik nie pupus...so ambo amik peluang nie utk letak nama klasik gini kat generasi ambo..ngaa...

Lagi gambar Adam..


Pegi shopping mall xde benda lain da die nk main..benda alah nie jgk la die nampak.hahha..        


Umur setahun da pandai bace..bird dgn cicak je pandai sebut..perkembangan yg baik...              

PenGaLaMe AmBo

Hah...nie pengalaman ambo marin..sebelum ke hotel 5 bintang yg diberi namo BlueWave.

tepat jam 6 petang producer tepon ko ambo suh amik kunci keto nge guard..ambo oyak bereh ko producer..

dale palo ambo.."sudoh doh la,bakpo la nyo xamik awal-awal kunci keto tue..nyo parok nge abe polis hok haritu gak habis la.."

Ambo jale slow2 melewati pintu kaca utama opis..

ambo intai kok celoh cermin tgk sapo hok jago kat receptionist...tibo-tibo...

yakkkk...dah memang jangkaan ambo abe polis tu hok jago..

dari jauh dio tgk ambo lalu dio tegur.."comey ayu harini,tadok aroh gewe ore doh"

ambo dale hati.."bakpo la abe nie ado sini."

ambo senyum jela ko abe tue sambil amik kunci keto..xbanyok kecek,.malas nk laye.hoho

lepas amik kunci keto ambo terus ke stor cari keto exora..lamo ambo dk tercegak kat parking keto sambil cari keto tibo-tibo ado ore menyapa ambo.."assalamualaikum"

ambo.."waalaikummussalam"..sambil berpaling ambo tgk staff hijrah satu opis ngn ambo..tapi xbrapo knl mugo dio staff baru..

"awak cari ape.? nak kuar shooting ke.?

"ouh..ha,a..nk kuar shooting..tgh cari kete nie tp xjumpa..agaknya kete kat bawah kot"..kato ambo..

"kebetulan kete sy pon kat bawah jgk..jum la jalan skali kat bawah..sy teman awak jalan,lgpun da nak gelap nie,org pon xde kat bawah..kalau awak jln sorang nanti bahaya pulak."

"ermm..jap ea,saya ajak aisyah skali" kato ambo...dale hati bena takut jale berdua nge dio..knl pom x..hoho

lalu ambo pom ajok la saing ambo skali jale la bertiga g kat keto..

Jam 6.30..ambo tepom ko cameraman.."abe dk mano.? xbertolak lg ko? lewat da nie..".kato ambo

"dale 15min dik abe smpi..jem nie.."kato abe faizan

ambo."ok"

15Minit kemudian...

dari jauh bunyi ekzos moto..ambo intai dari stor kelihatan abe faizan ngn moto kapcai dio..

ambo dale hati."naik moto pom jem jgk ko.??"aissshhh...

"sory dik,.jalan jem td.."

"xpe bang..yg penting selamat sampi" kato ambo dengan nada dale tekok..hahah

Maka bertolak la ambo bertiga ke Hotel BlueWave di Shah Alam

sampai je di hotel tersebut ambo jupo nge achik iaitu pen pegawai perhubungan awam kat sna..

dio sapa ambo.."awak ada namecard x?? ."

"lupa nak bawak." padahal xdok..cover sikit.hahah...

"ouh,xpela..ni card sy..pape hal awak blh contact sy"

"thanx"..tanpa byk kecek ambo terus tanya dio.."surau kat mana?"

"ouh,surau belah kiri..cik naik tangga pastu ke kiri n then jumpa surau belah kanan" kata acik..

"ok thanx"..ambo berlalu bersama saing ambo..ambo pesan dulu ko cameraman abe faizan..

"abang g solat dlu..pasni baru wat shoot"

tanpa berlengah abe faizan ikut kato ambo..

selesai solat maghrib ambo pom ke tempat receptionist..daftar nama sebagai org media.

selesai daftar nama ambo dibawa ke meja makan..time tue ada 3orang jepun di meja makan..

"hello..my name is ayu..where u come from.? kato ambo..ehemm..speaking aje mlm tue..xcaro doh ayat tungge langge.haha

"hello,hye..i come from japan..my name is Mitsuyuki Horii..im executive editor..nice to meet u ayu"

ouh i see..nice to meet u too"..kato ambo..pastu ambo nge dio kecek lg..bla bla bla bla...

______________________________________________________________________________

10 minit dk mejo tue tibo-tibo mari la pelayan hotel tu serve makanan kat mejo ambo..

perkara yg ambo shoot marin adalah berkenaan dengan makanan cina yg dihalalkan..

first makanan yg dihidangkan adalah sup ayam..perggghhh..sedap giler sup die..tp makanan utk satu hidangan kat hotel tu 55++...hoho..banyak jgk la makanan hok dio bg malam tue..

pastu dio hidangkan ambo dengan teh cina,..ambo ingat teh cino supo teh kat cameron highland tue..apoo..pahit lepe teh dio..ptt la abe faizan kato teh cino tue sedap..uponyo wat ngayim..hahha..

ambo cubo banyak makanan mlm tue,.lamp chop,daging masak ape ntah lupa plak..pastu isi ayam, labu goreng,ayam,ketam,udang n banyak lg la..meme rezeki muroh ngoti mlm tue..alhamdulillah..

lepas makan je ambo interview seorang blogger tentang makanan yg dihidangkan mlm tue..

respon dio ok..sangat memuaskan hati..

interview ke dua ambo tnya ore jepun hok dk mejo skali nge ambo

soalan pertama nge kedua ambo skip..ambo tnya soalan ketiga kat ore jepun tue..

"how do think about malaysian.?"

"Malaysian is friendly..like you..haha."

"ouh..ok..thanx u"..ambo senyum kat ore jepun tu..dio senyum ko ambo balik tibo-tibo dio kato "u r so cute"..

"hahahha"..ambo suko jah dio oyak gitu..padahal malu ore mejo sbelah dk tgk..haha

lepas makan tiba la sesi bergambar antara pihak media

ore jepun mitok nk bergambar nge ambo..tanpa menolak ambo pom bergambar la nge dio..kalu tolok kea kato gapo plop dio..hoho

last nak balik dio pom hulur la namecard dio ko ambo,dio mitok namecard ambo tp ambo oyak xdok.

sambil berjalan turun tangga dio puji producer ambo pasal ambo..

ambo yg berada di kedudukan blakag producer ambo pasang tlingo dgr gapo hok dio kecek..haha

Alhamdulillah respon yg baik ore jepun tue oyak ko producer pasal ambo..

P/S: bukan riak nie deh...just nk kongsi pengalaman mlm td kat hotel tue..nk oyak yg kito sbg rakyat malaysia nie xleh sombong sbb ore luar suko saing nge kito sbb sek dio tahu rakyat malaysia nie friendly...hohoh...kalu nk tgk gambo mlm td blh la tgk kat bwh nie deh..

Sekian wassalam..





                                                 Time nie sesi interview blogger pasal makanan.



                                                 Nie la org jepun tue..Mitsuyuki Horii...


                                                            Mitsuyuki Horii...                        



Friday 5 October 2012

SeGaLaNyA BeRmUlA DiSiNi..

Segalanya bermula disini...

Tiada apa yang istimewa sebenarnya tapi disebabkan aku berada di sebuah organisasi yang agak baru, ia secara automatik menjadi istimewa..sebab.??

aku je yg tahu..hoho

ermm..aku rasa kalau berada di Alhijrah memang gemuk la aku nanti,hari2 makan free..asyik mengunyah je..alhamdulillah rezeki allah bg.ngee...

Pengalaman yg xdpt dilupakan sepanjang berada di Alhijrah nie aku dpt "interprem" dpn Tv utk buat stand upper,yesss..!! pengalaman nie memang xdpt dilupakan sbb bila aku berada dpn kamera.org dpt lihat kebolehan aku mengacarakan rancangan tue.. dan alhamdulillah producer bg peluang kat aku lagi utk muncul dpn Tv utk episod akan dtg.Insyaallah aku akan buat yg terbaik..hoho..

                                              
                                                     Suka sangat bila dapat makan..hohoh..................

                                                   Nie pulak my big family in Alhijrah......................


 
 

Thursday 4 October 2012

NeNeK TuA..

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayi aku tadi..”

Hahahah..

BiLa hAtI KeCiL BeRbIsIk...

Dalam kehidupan..pasti ada pahit dan manis,suka dan duka..itulah lumrah hidup sebagai seorang insan.Kadang kala kita pernah berputus asa bila hadapi masalah dan ujian dari Allah..

Sama macam aku,seorang insan kerdil yang selalu diuji dengan pelbagai ujian dariNya,aku bersyukur kerana terpilih utk hadapi semua ini,aku tahu tuhan sengaja nak uji tahap kesabaran dan keimanan aku..pernah suatu ketika,aku pernah berputus asa kerana masalah peribadi,hanya tuhan yang tahu betapa hancur dan sedih hati aku bila semua impian dan pendorong hidup aku "LOST".. bagaikan tiada apa lagi dalam hidup ni, bagai hilang tempat bergantung.. setiap hari bertemankan air mata, kadang-kadang sebagai insan biasa terdetik dihati.."kenapa aku bukan seperti orang lain yg punya bahagia"..aku tahu,mungkin Allah telah merancang yg terbaik utk aku,dan mungkin ini adalah yg terbaik utk mereka..Ternyata benar,masing-masing bahagia dgn kehidupan mereka. Inilah yg dikatakan ketentuan tuhan,DIA yg mengetahui segalanya.Alhamdulillah aku bersyukur selepas 3tahun aku da dapat terima semua ni... 




Wednesday 3 October 2012







Sangat sukakan gambar nie...time nie kat Putrajaya,tenang sangat time nie..release tension dekat masjid,tgk pemandangan masjid pada waktu malam...teringat kejadian 8 tahun dulu,time tue first time pegi Putrajaya. masuk masjid pastu naik lif nak pegi tempat sembahyang..time tu kakak yg lead kami adik beradik pegi kat tempat sembahyang,konon-konon die tue tahu sgt la nak naik lif tingkat berapa ke tempat sembahyang tue..dengan confidentnya kakak tekan butang lift ke tingkat 2...sampai je tingkat dua,zapppp.!! terpampang signboard besar tulis "BILIK MANDI JENAZAH aka BILIK MAYAT"..!!!...ape lagi...lari xcukup kilometer la pastu..dengan pakai jubah masjid yg colour pink tue,kitorang cepat2 masuk lift balik ke tingkat 3..nasib baik jumpa tempat sembahyang.hohooh...

HaRi iNi dAn sEmAlAm..

Alhamdulillah... dengan izizn Allah aku mampu melupakan segala masalah yang terbelenggu dlm diri. hari-hari yang aku lalui utk melupakan segala masalah hanyalah dengan menyibukkan diri dengan kerja,.alhamdulillah Allah mendengar luahan hati aku,kini...aku mampu hadapi segala ujian Allah dengan tenang...

Kini da masuk bulan 10,genap la 3 bulan aku berada di Alhijrah, banyak yang aku belajar sepanjang berada di Alhijrah.Ma dan abah banyak beri aku semangat dan sokongan dikala aku tertekan dengan masalah kerja..aku tahu,walaupun keadaan begitu berbeza dengan dahulu tapi aku yakin Allah telah merancang yang terbaik buat kami. mungkin ini adalah yang terbaik untuk mereka....

Monday 1 October 2012

AkU DaN KaMu

Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.

Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.

"Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu."

Allah hu Akhbar..