Saturday 9 February 2013

Ya RaBb..

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana aku diberi peluang untuk berbakti kpd keluarga..setelah segala pengorbanan yang diberikan kpd aku selama ni, harini aku mampu membalas semua kebaikan mereka. Alhamdulillah ya Allah sbb engkau berikan aku rezeki yg begitu banyak, Insyaallah akan aku realisasikan semua impian aku selama ni.. Perjalanan hidup aku masih jauh, setiap hari dan setiap masa aku mendoakan kedua ibu bapaku agar diberi kesihatan dan rezeki yg berpanjangan.

Ya Allah, tuhan sekalian alam..
Betapa aku bersyukur dikurniakan ibu dan ayah yg sanggup berkorban segalanya utk aku,demi melihat aku berjaya dlm hidup.. betapa pengorbanan yg diberikan kpd aku begitu banyak..

abang..
insan yg banyak menyokong keluarga dari segi kewangan, walaupun dirinya sendiri memerlukan duit tapi demi adik2 abang sanggup berkorban..terima kasih abg, terima kasih jgk sbb hadiahkan kereta utk aku. hadiah yg tdk ternilai,.hanya Allah saja yg mampu membalas semua kebaikanmu..

Ya Rabb..
 Kau jauhkanlah perkara yg tdk diingini dari keluargaku.. bahagiakanlah kedua ibu bapaku walaupun mereka tdk lg bersama..sihatkanlah tubuh bdn mereka, panjangkan umur mereka dan dimurahkan rezeki buat mereka agar mereka tdk lg merasai keperitan dan dugaan spt dulu..

Aamiin..