Thursday 16 June 2011

IbU....

 iBu..,

DoAnYa aDaLaH PeNaWaR
jUgA RaCuN BeRbIsA

iBaRaT TaJaMnYa mAtA PiSaU
YanG MaMpU MeLaKaR
mAsA DePaN YaNg gEmIlAnG
BuAt aNaK teRcInTa,
JuGa dApAt mEnGhAnCuRkAn
mAsA DePaN sI AnAk dErHaKa


DoA IbU LeBiH TaJaM DaRiPaDa pIsAu


Setiap anak pasti merasakan dirinya lebih dekat pada ibunya berbanding bapanya. begitu juga dengan seorang anak yang suka membantah. dia biasanya lebih banyak membantah ibunya daripada bapanya. ini kerana ibulah yang mengandung dan melahirkannya. ibulah yang menyusukannya, menjaga, dan menguruskan seorang anak hingga dewasa. ibu memang memainkan peranan utama dalam membesarkan anak-anak.


orang tua khususnya ibu memiliki satu senjata yang ampuh iaitu doa. apabila seorang ibu selalu mendoakan kebaikan untuk anaknya, insya-allah anaknya menjadi baik dan terhindar daripada perkara buruk. sebaliknya, sekiranya seorang ibu terlanjur mengutuk anaknya, maka malanglah nasib anak itu. oleh itu, seorang anak perlu berhati-hati dalam menjaga hubungan baik dengan orang tuanya. setiap anak perlu berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapanya.


orang tua juga perlu menyedari, watak setiap anak tidak sama. watak setiap anak tidak sama. setiap anak memiliki watak atau karakter tersendiri. ada yang patuh kepada ibu bapa dan ada pula yang bersikap kasar kepada orang tuanya. di sinilah letaknya ujian kesabaran untuk ibu bapa. seorang ibu ataupun bapa tidak boleh cepat marah dan mengeluarkan kata-kata bersifat kutukan kpd anaknya. contohnya, 'anak monyet', 'anak syaitan', dan seumpamanya. ini keranan kata-kata yang bersifat baik ataupun buruk yang diungkapkan oleh orang tua kepada anaknya adalah doa dan Allah maha mendengar semua doa.


Dalam hal ini Nabi Mhammad menegaskan, Allah tidak menolak doa orang tua untuk anak-anaknya. sehubungan itu, sebaik-baiknya orang tua membantu anak-anak meraih kejayaan dalam hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat dengan mendoakan mereka. begitu juga sebaliknya. anak-anak juga perlu mendoakan orang tua mereka. demikianlah hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak-anak.

 

No comments:

Post a Comment